Lelaki Idaman Saya ♡

Pertama, pompuan mesti nak lelaki yang paling kurang mesti ada  persamaan dengan ayah dia. Alah paling kurang mesti ada ah sikit. Macam abah saya dia tinggi. So saya memang jenis mudah jatuh minat dekat orang lelaki yang tinggi ni. Hahaha abah maafkan anakmu kerana gedik.  so, kalau lelaki tu tinggi saya akan rasa selamat bila dengan dia. Rasa tak takut boleh nyorok belakang badan dia. Pastu nanti kalau I nak terberanak dia boleh angkut I masuk dalam kereta cegitu je. Tapi sebenarnya I tak kesah KALAU dia tak kesah. Maksudnya, dia kurang tinggi tapi dia suka I pakai high heels. Aaa sweet kan ?

Pastu ciri lainnya matang. Matang dari segi permikiran bukan dari segi umur atau kedut dekat mata. Sebab saya dari kecil lagi abah yang guide kan so saya rasa saya berhak pilih yang boleh guide saya. I means bila orang tu pemikiran sama taraf dengan saya nanti saya senang nak bangkang macam 'weh asal cegini ?' 'No, dulu aku belajar lain' 'teori ni tak konkrit ah' dan sebagainya.

Redza Minhat, Rain, So Ji Sub, Beto Khusyairy.

Sepet and specky. Like serious wehhhh. Yang ni paling seksi. I means seksi sebab dia ughh seksi and I just cant. Pfft. See, saya tak tahu nak describe macam mana selain seksayyy (read: seksi).

Suka makan. Sebab saya rasa selagi kita boleh makan kita kene cuba semuaaaaaa makanan halal dalam dunia ni. Pastu saya jenia yang makan banyak tapi dia tak gemuk kat badan tapi muka. Pastu dia jenis tak kesah dan terima ittew seadanyeww. I means weh mana nak cari lelaki cegini weh ?.

Pembersih. Saya memang tak suka jenis yang suka sepah-sepahkan barang ni. Sebab I dah penat mengemas pastu dia sesuka hati buat sepah pastu nanti I rasa macam dia tak appreciate I. Pastu nanti I kecewa. Pastu nanti I rasa cepat bosan sebab asyik cegini je tak nak berubah. Pastu bawak hati yang lukaa. Pastu jumpa orang ketiga. Haha please I memang kuat berdrama.

Hormat. I means hormat orang yang lebih tua, pompuan pastu jenis yang tak merokok depan orang pompuan. Jenis yang I tengah bagi anak-anak saya makan pastu dia selamba je isap rokok depan anak-anak I. Memang tak boleh jadi role model untuk anak-anak I yang gemuk. Sebab nanti anak-anak I gemuk-gemuk sebab dorang comel.

Eh jap. Ni banyak kepada husband idaman bukan lelaki idaman.

Aa jenis yang easy going. Sebab I cant stand dengan lelaki yang ikut kepala dia je. Pastu jenis yang tahu bila nak buat-buat mengalah dengan saya bila main games.

I cant stand with sweet talkers.  Sebab dorang jenis yang bila dengan pompuan lain smooth je. Pastu bila dengan orang yang betul-betul dia sayang nanti takde beza. Pastu nanti pompuan tu tak rasa special.

Pandai masak. Sebab saya rasa heaven gila bila kongsi dapur masak sesama. Eh korang tak rasa sweet eh ? Nanti takde ah yang pompuan je balik kerja pastu rushing gi dapur nak memasak. Yang lelaki duk lepak terlentang depan tv sambil minum kopi.

Tapi sebenarnya ciri-ciri ni untuk suka-suka je. Sebab kita tak perlukan sebab untuk sukakan seseorang. Dan saya rasa ciri-ciri lelaki idaman ni semuanya fake. Asalkan ade chemistry then okey.


Terima Kasih Kerana Membaca

Copyright@Segala Yang Tercatat Diatas Adalah Hak Milik Myn Chan